Sunday, June 12, 2011

Kepentingan Tarbiyah

Kepentingan TARBIYAH


  

Harakah Islamiyyah sedunia sependapat betapa besarnya peranan tarbiyyah dalam menjamin kemurnian dan memahami matlamat Islam sepanjang masa, kerana pergantungannya yang kuat dari aspek tarbiyyah dan memenuhi syarat-syarat kemenangan kepada janji Allah SWT.

Tujuh elemen-elemen penting tarbiyyah :

Tarbiyah Ruhiyyah :

Yaitu mendidik ahli supaya iltizam dengan amalan ibadah sehingga dapat merasakan kelezatan hasil mengerjakan ibadah itu serta dapat mencari kekuatan hati melaluinya. Juga untuk meningkatkan muhasabah dan muraqabah sebagai aksi kepada gerak kerja yang baik, menanamkan kesabaran yang tinggi dalam amal jamaie, sensitif kepada dosa dan mungkar, bersemangat jihad dan bercita-cita untuk syahid.

Tarbiyah Thaqafiyyah :

Menanamkan budaya membaca (tidak dihadkan kepada buku-buku haraki sahaja tetapi meluaskan skup bahan bacaan), berjumpa dengan tokoh-tokoh ilmuwan, menghadiri persidangan-persidangan dan seminar-seminar akademik dan sosial, membudayakan perbincangan di kalangan ahli dengan tidak menunggu hanya pada waktu usrah atau tamrin sahaja supaya ahli mempunyai daya intelektual yang tinggi dan berpengetahuan am yang luas.

Tarbiyah Harakiyyah :

Melengkapkan ahli dengan ilmu teknik-teknik pengurusan moden, di samping konsep-konsep dan adab-adab berjemaah yang lain.

Tarbiyyah Siasiyyah :

Meningkatkan pengetahuan dan pembacaan politik mengenai perkembangan politik tempatan dan antarbangsa, di samping memahami konsep dan falsafah khilafah Islamiyyah dan kepimpinan ulama' yang lebih mendalam dan praktikal kepada dunia semasa.

Tarbiyyah Sendiri (Self-Development) :

Mengenal pasti dan mengembangkan potensi individu-individu ahli yang matang dalam sikap, tindakan dan keputusan, berfikiran kreatif, kritikal, analitikal dan terbuka, bermotivasi tinggi, berakhlak baik dan terpuji, bersikap berani, berkeyakinan diri dan 'adaptable' dalam semua suasana dan keadaan.

Tarbiyyah Badaniyyah (Jasmani) :

Melatih ahli memberi perhatian kepada kesihatan badan, mempunyai kecergasan dan stamina yang tinggi, menjalani latihan fizikal untuk membentuk generasi yang tahan lasak dan bersedia menghadapi usaha-usaha musuh yang mungkin menggunakan kekerasan.

Tarbiyyah Kekeluargaan Islam :

Mendidik ahli dalam memilih calon pasangan hidup yang serasi dengan kriteria yang dikehendaki oleh Islam dan berpengetahuan mengenai pembentukan dan amalan-amalan keluarga Islam.

From : Ibnu Mustafa Yusuf <inqiyad@hotmail.com>


No comments:

Post a Comment

Menjadi Secantik Aisyah r.ha © 2008 Por *Templates para Você*